Homestay
- Program Homestay Malaysia telah dilancarkan pada tahun 1995 di Temerloh,
- Pahang oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat luar bandar di dalam sektor pelancongan.
PENGENALAN
Homestay adalah merupakan satu bentuk pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah pengusaha homestay yang telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.
Para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.
Konsep utama yang ditekankan bagi produk ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle atau yang berunsurkan pengalaman.
OBJEKTIF HOMESTAY
Objektif utama pelaksanaan Program Homestay Malaysia adalah untuk memenuhi
kehendak dua kumpulan sasar iaitu:(i) masyarakat kampung:
- Berkongsi manfaat daripada sektor pelancongan kepada semua lapisan masyarakat dengan menggalakkan penyertaan penduduk luar bandar di dalam industri pelancongan;
- Meningkatkan pendapatan serta taraf hidup masyarakat kampung, di mana kekayaan daripada industri pelancongan dapat dinikmati bersama oleh semua lapisan masyarakat; dan
- Melahirkan usahawan pelancongan di kalangan masyarakat desa.
(ii) para pelancong:
- Menyediakan pengalaman unik kepada para pelancong yang berminat untuk mengalami kehidupan serta kebudayaan masyarakat kampung; dan mewujudkan produk pelancongan hospitaliti desa dengan harga yang kompetitif dan bertaraf antarabangsa.
http://www.motac.gov.my
http://deengk.blogspot.com/2011/07/maksud-homestay.html?m=1
0 comments:
Post a Comment